Tuesday, November 1, 2011

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM SMKAPD 2011


Penerima anugerah bergambar kenangan selepas tamat majlis
di Dewan Majlis Daerah Pendang.


PENGAKAP,KAPA DAN KELAB RUKUN NEGARA UNGGUL



Majlis Anugerah Kokurikulum Tahun 2011 Peringkat SMK Ayer Puteh Dalam yang berlangsung pada 25 Oktober 2011 baru-baru ini berlangsung gilang gemilang di Dewan Majlis Daerah Pendang.Seramai 280 orang tetamu dan pelajar hadir untuk menjayakan majlis untuk memberi pengikhtirafan kepada pelajar di bidang kokurikulum.
Pengakap dan Kadet Pertahanan Awam (KAPA) muncul penerima terbanyak anugerah dan membuktikan unit beruniform tersebut adalah unit yang aktif.Sepanjang tahun 2011 , dua unit ini banyak mengatur program dan menyertai pelbagai program samada di peringkat daerah,negeri dan kebangsaan. 10 orang ahli pengakap ditabal sebagai Pengakap Raja dan seorang ahli telah menyertai aktiviti di peringkat kebangsaan.
KAPA juga membuktikan unit yang begitu diminati selepas Pengakap.KAPA telah menghantar ahlinya menyertai aktiviti sehingga ke peringkat kebangsaan.
Kelab Rukun Negara muncul kelab paling aktif dengan aktiviti-aktiviti seperti Pertandingan Koir Jabatan Perpaduan Peringkat Negeri,pertandingan dodgeball peringkat negeri dan menyertai pertandingan kelas bertemakan Semarak Merdeka.
Tahniah.

KEMASKINI BUKU REKOD KOKURIKULUM

Minggu-minggu terakhir persekolahan sesi 2011 adalah minggu paling sibuk dalam kalangan pelajar.Pelajar berhadapan dengan peperiksaan akhir tahun.Namun ketika ada masa lapang pelajar sibuk mengejar guru penasihat untuk urusan tandatangan Buku Rekod Kehadiran Aktiviti Kokurikulum.
Pelajar perlu mengemaskini rekod aktiviti,penglibatan dan pencapaian mereka untuk dinilai oleh guru-guru penasihat untuk diberi permarkahan 10 peratus.Semua aktiviti,penglibatan dan pencapaian pelajar perlu disahkan oleh guru penasihat masing-masing.

Monday, October 31, 2011

AL FATIHAH........

30 OKTOBER 2011
TARIKH KESEDIHAN BUAT WARGA SMKAPD
Tn Hj Zulkifli Yaakob (1961-2011)
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Amin.

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM SMKAPD 2011


TAHNIAH DAN TERIMA KASIH
KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN
MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM TAHUN 2011

HARI ANUGERAH KOKURIKULUM TAHUN 2011

Unit Kokurikulum SMKAPD telah menetapkan tarikh Hari Anugerah Kokurikulum Tahun 2011 ialah pada :

Tarikh : 25 Oktober 2011
Hari : Selasa
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Majlis Daerah Pendang

Sebanyak 22 kategori anugerah telah ditetapkan oleh panel anugerah mengikut pencapaian dan penglibatan Unit Beruniform,Kelab Sukan dan Permainan serta Kelab/Persatuan.Selain dari penerima anugerah,semua pelajar dijemput hadir ke majlis tersebut.Tetamu jemputan lain ialah Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah-Sekolah Daerah Pendang.
Tetamu utama ialah Datin Hjh Azuyah bt Hassan,Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis.

Sunday, October 30, 2011

AKTIVITI KO TERUS DISEMARAKKAN

Selepas berpuasa di bulan Ramadan dan sambutan hari raya , aktiviti kokurikulum terus disemarakkan dengan pelbagai program.Aktiviti ko semasa Ramadan tertumpu kepada aktiviti dalaman berbentuk kemahiran pengurusan persatuan dan mengemaskini fail-fail kelab persatuan.Seterusnya pada bulan Ramadan juga kita menjemput pihak-pihak tertentu hadir memberi ceramah berkaitan aktiviti ko seperti ceramah pertolongan cemas,kemahiran berpersatuan dan pengucapan awam.
Selepas sambutan hari raya,aktiviti ko kembali aktif dan tumpuan kepada aktiviti luar yang lebih mencabar.Dasar 1Murid 1Sukan terus disemarakkan.

Thursday, August 25, 2011

Monday, August 8, 2011

Syafiq Sertai Jambori Pengakap Sempadan Malaysia-Thailand 2011


Mohd Syafiq Mahadi , Tingkatan 4 SMKAPD terpilih mewakili negara ke Jambori Pengakap Sempadan Malaysia-Thailand yang diadakan di Huaiyod,Trang,Thailand.Syafiq bersama seorang lagi peserta dari Daerah Pendang menyertai acara peringkat antarabangsa itu bermula dari 9 hingga 16 Julai 2011.

Friday, August 5, 2011

RAMADAN DATANG LAGI

Ramadan muncul lagi untuk membawa sejuta rahmat buat umat Islam yang taat dan tetap imannya.Semoga kehadiran Ramadan tahun ini akan membawa impaks terunggul dalam kehidupan kita.
Selamat berpuasa.

Surat Pekeliling Dasar 1 Murid 1 Sukan

Muat turun surat

Saturday, June 18, 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN


Majlis pelancaran Dasar 1 Murid 1 Sukan akan diadakan di Taiping,Perak dan akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran , Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin. Serentak dengan majlis tersebut acara Larian 1 Murid 1 Sukan akan dijalankan serentak di sekolah seluruh negara.
Larian peringkat SMK Ayer Puteh Dalam akan bermula jam 7.45 pagi dengan warga sekolah akan memulakan larian sejauh 1.5 km. Di samping itu, Unit Kokurikulum Sekolah juga akan menganjurkan Mini Karnival Sukan 1 Murid 1 Sukan selepas tamat acara larian. Pertandingan bola tampar,bola jaring dan sepak takraw akan dijalankan.Penyertaan mengikut rumah sukan. Maklumat lanjut,sila hubungi Encik Zairon Zainon,Setiausaha Sukan Sekolah.

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara

Wednesday, April 13, 2011

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BULAN APRIL PENUH ISTIADAT




12 April 2011 - Majlis Perhimpunan Kokurikulum bagi bulan April dipercepatkan kerana sekolah sedang membuat persiapan untuk menjayakan dua acara besar pada hujung bulan ini. Pertama Majlis Ceramah Motivasi Perdana bersama penceramah terkenal Dato' Dr Fadzillah Kamsah pada 22 April 2011 dan sekolah juga akan menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak MSSK Tahun 2011.
Perhimpunan Kokurikulum kali ini dikendalikan oleh dua unit iaitu Kadet Pertahanan Awam (KAPA) dan Pengakap. Ketua perhimpunan ialah Muhammad Ashraf Nazir dari Unit KAPA.Majlis dimulakan dengan istiadat menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu Negaraku. Seterusnya doa dan ikrar pelajar.
Penolong Kanan Kokurikulum memulakan ucapan aluan dan diikuti dengan ucapan Tuan Pengetua.Seterusnya penyampaian sijil-sijil pencapaian untuk aktiviti kokurikulum bagi bulan Feb,Mac dan April.Kemuncaknya ialah penyampaian trofi Platun Terbaik Kadet Pertahanan Awam (KAPA) SMKAPD yang dimenangi ketika Kursus Kepimpinan dan Kenaikan Pangkat KAPA yang diadakan di Pusat Kokurikulum Sg Tiang pada bulan Mac.
Tahniah dan syabas kepada semua guru dan pelajar yang terus aktif memartabatkan aktiviti kokurikulum di SMKAPD.

Saturday, April 9, 2011

AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH TERUS RANCAK

SMKAPD tidak putus-putus dijadikan lokasi untuk pelbagai acara, samada program sukan dan permainan,kem,kursus dan lain-lain acara. Pada 31 Mac hingga 2 April 2011 , SMKAPD menjadi tuan rumah Kursus Kawad Kaki Kadet Pertahanan Awam (KAPA) Peringkat Negeri Kedah. Seramai 167 peserta KAPA dari seluruh negeri Kedah menyertai kursus tersebut. Seramai 10 orang ahli KAPA SMKAPD terlibat.
Acara sukan juga tidak ketinggalan memilih SMKAPD . Kejohanan Bola Tampar MSSD Pendang telah berlangsung dari 2 hingga 5 April 2011.
Sementara ahli-ahli Pengakap SMKAPD telah menganjurkan pra perkhemahan pada 7 hingga 9 April 2011. Seramai 120 orang ahli pengakap terlibat. Sementara itu, 4 orang ahli KRS sekolah telah mengikuti Kursus Kepimpinan dan Kenaikan Pangkat di Pusat Kokurikulum Daerah Pendang di Sg Tiang.
Pasukan menembak Kadet Polis juga tidak terlepas dengan aktivitinya. Mereka muncul Naib Johan Pertandingan Menembak Kor Kadet Polis Sekolah-Sekolah Daerah Pendang yang diadakan di Lapang Sasar Bukit Jambol.
Sekalung tahniah kepada pelajar SMKAPD yang terus menaikkan nama sekolah.Mari kita terus merancakkan aktiviti kokurikulum sekolah untuk memartabatkan sekolah sebagai medan membentuk sahsiah terpuji.

BOLA TAMPAR MSSD PENDANG - B18P KETIGA

BOLA JARING MSSD TAHUN 2001 - SMKAPD B15 KETIGA

Sunday, March 20, 2011

BOLA SEPAK MSSD PENDANG : SMKAPD BERI TENTANGAN SENGIT


Walaupun gagal mencapai matlamat ke separuh akhir,pasukan bola sepak Bawah 15 dan Bawah 18 Tahun SMKAPD memberi cabaran sengit ketika bersaing di peringkat kumpulan di kejohanan yang bermula pada 6 hingga 9 Mac 2011 lalu.
Cabaran bertenaga pasukan bimbingan cikgu Zairul itu begitu dibimbangi pasukan lawan.Namun kejayaan masih belum memihak pasukan SMKAPD bagi musim ini.Cuba lagi tahun depan.

BOLING MSSD PENDANG :KEJAYAAN FISOL DAN KHAIRUL ANWAR DIBANGGAKAN

Kejohanan Boling MSSD Pendang Tahun 2011 di Kedah Bowl,Alor Setar telah membawa kejayaan luar dugaan kepada peserta dari SMKAPD pada penyertaan kali pertama. Fisol muncul Naib Johan Kategori Bawah 15 Tahun dan Khairul Anuar di tempat ketiga Kategori Bawah 18 Tahun. Inilah kali pertama pelajar SMKAPD menyertai kejohanan ini. Tahniah.

PENGAKAP JOHAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SMKAPD 1432H


Inilah reka bentuk sepanduk yang membawa kepada kejayaan Pengakap
Pengakap muncul johan bagi pertandingan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Tahun 1432H. Unit itu mengatasi empat unit lain dengan Kadet Polis di tempat kedua.

PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM ANJUR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Aktiviti kokurikulum SMKAPD terus rancak.Hasil penubuhan Majlis Pemimpin Kokurikulum SMKAPD , kelab dan persatuan berlumba-lumba menganjurkan aktiviti. Sejak Januari hingga Februari sudah lima program dijalankan hasil usaha kelab dan persatuan. Terbaru Persatuan Pendidikan Islam telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1432H.
Sambutan kali ini lebih meriah dan bermakna.Unit Beruniform sekolah telah menubuhkan team perarakan yang bermula dari perkarangan sekolah menuju ke Masjid Al Taawun,Kg Ayer Puteh Dalam. Perarakan lima unit beruniform itu diiringi selawat ke atas Junjungan Rasullullah. Gema selawat bergena di sepanjang jalan raya dari sekolah menuju ke masjid sejauh 1 kilometer.
Program di masjid diisi dengan ceramah oleh penceramah jemputan.Selepas tamat sesi ceramah,pelajar diberi sedikit makanan dan minuman sebelum bertolak balik ke sekolah.

Monday, February 14, 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD PENDANG 2011

Peserta SMKAPD telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk bersaing dengan peserta sekolah lain untuk mencatat keputusan yang membanggakan di Kejohanan Merentas Desa MSSD Tahun 2011 yang berlangsung di Perkarangan Mini Stadium Pendang.
Dua peserta adik beradik NURUL SHUHADA (B15P) DAN NURUL HUSNA BT ABU KHORI (B18P) masing-masing menduduki tempat ke-5 . Mereka terpilih mewakili daerah ke Kejohanan Peringkat MSSK di Bandar Bahru pada 18 dan 19 Feb 2011 nanti.
Tahniah atas pencapaian terbaik anda.

KURSUS KEPIMPINAN KELAB PERSATUAN TAHUN 2011

Klik di sini untuk melihat gambar-gambar sekitar Kursus Kepimpinan Unit Kokurikulum Tahun 2011

Tuesday, February 8, 2011

KURSUS KEPIMPINAN KELAB PERSATUAN

Unit Kokurikulum SMKAPD akan menganjurkan kursus tersebut pada tarikh seperti di bawah:

Tarikh : 10 hingga 12 Februari 2011
Tempat : Pusat Kokurikulum Sg Tiang
Penyertaan : Pengerusi dan Setiausaha Kelab Persatuan.
Pengisian : Ceramah Motivasi,Bengkel Pengurusan Fail,Bengkel Pengurusan Mesyuarat,Perancangan Aktiviti,Asas Kawad Kaki,Kerohanian dan Riadah.
Agensi luar terlibat : PDRM,Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Monday, January 31, 2011

MERENTAS DESA TAHUN 2011


Alhamdulillah,Kejohanan Merentas Desa SMKAPD 2011 berjalan lancar.Peserta yang bertanding mewakili rumah sukan Saga,Putra,Wira dan Satria telah menunjukkan kesungguhan untuk mencapai kemenangan. Mereka bertanding mengikut empat kategori termasuk kategori yang baru diperkenalkan iaitu Kategori Pendidikan Khas.
Acara dimulakan dengan pelepasan peserta kategori Kelas 1L,2L dan 3L yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua. Mereka berlari sejauh 8 kilometer dengan tujuh stesen periksa. Kategori perempuan juga dilepaskan oleh Tuan Pengetua dengan jarak 6 kilometer.
Selepas tamat acara,Rumah Satria mengungguli saingan dengan muncul Johan Keseluruhan. Majlis penyampaian hadiah dan pingat disempurnakan oleh Penolong Pegawai Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Pendang,Abd Aziz Ahmad.

Wednesday, January 26, 2011

LATIHAN MERENTAS DESA TAHUN 2011

Pelajar-pelajar SMKAPD hari ini,26 Januari 2011 telah mencuba laluan acara merentas desa sejauh 8 km. Latihan penuh diadakan sebagai persiapan Kejohanan Merentas Desa 2011 yang akan diadakan pada 31 Januari 2011 nanti.
Kehadiran memuaskan tetapi pelajar dilepaskan agak lewat kerana menunaikan solat Asar terlebih dahulu. Peserta terakhir tiba jam 7 lebih.Semua berjalan lancar tanpa ada apa-apa gangguan.Kehadiran Tuan Pengetua juga menceriakan suasana.
Terima kasih kepada semua guru yang hadir mengawasi keselamatan pelajar.Kerjasama anda amat dihargai. Komitmen yang sama juga dipohon pada tarikh sebenar kejohanan.

TAKLIMAT BUKU REKOD PENILAIAN KOKURIKULUM PELAJAR

Pada 25 Januari 2011 , Selasa satu taklimat mengenai pengisian data Buku Rekod Penilaian Kokurikulum diadakan bagi memberi garis panduan jelas kepada pelajar. Taklimat disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum,Abdul Samad Abdul Hakim di Dewan Terbuka Sekolah.Semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5 hadir.
Taklimat berkisar kepada cara mengisi data penglibatan pelajar dalam semua aktiviti kokurikulum bagi memudahkan penilaian dibuat.Semua pelajar diwajibkan membeli Buku Rekod Penilaian Kokurikulum yang dibekalkan oleh Unit Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Tuesday, January 18, 2011

PENDAFTARAN PROGRAM 1MURID 1SUKAN

Hari ini Selasa,18 Januari 2011 , telah dijalankan pendaftaran bagi program 1Murid 1Sukan seperti yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran untuk perlaksanaannya pada tahun ini. Sebanyak 12 permainan ditubuhkan oleh Unit Ko sebagai memenuhi dasar yang ditetapkan seperti surat pekeliling.
Pelajar membuat pemilihan mengikut keupayaan masing-masing. Setelah pelajar membuat pilihan,pihak sekolah akan mengatur jadual program untuk dilaksanakan sepanjang tahun.Dasar ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat,keupayaan dan kecenderongan untuk bersukan sebagai kaedah terbaik mengisi ruang dan peluang.
Sebanyak 13 permainan ditawarkan kepada pelajar.Menjadi kebiasaan,pelajar masih cenderung untuk memilih permainan yang lazim dimainkan seperti bola sepak,bola jaring dan badminton.

Friday, January 14, 2011

DAULAT TUANKU



DAULAT TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Tahniah

DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH
Atas Ulang Tahun Keputeraan Tuanku
pada 16 Januari 2011 (11 Safar 1432H)

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PEMERINTAHAN TUANKU

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKAPD 2011

Kejohanan Merentas Desa SMKAPD 2011 akan diadakan pada tarikh seperti di bawah:

Tarikh : 31 Januari 2011
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi
Laluan : Laluan yang sama tahun lepas.
Penyertaan mengikut kategori :

a. Kategori Kelas 3 Lelaki dan Perempuan ( Tingkatan 1)
b. Kategori Kelas 2 Lelaki dan Perempuan (Tingkatan 2 dan 3)
C. Kategori Kelas 1 Lelaki dan Perempuan (Tingkatan 4 dan 5)


Penyertaan mengikut rumah sukan masing-masing.

AKTIVITI KOKURIKULUM SEPANJANG MINGGU PERTAMA DAN KEDUA PERSEKOLAHAN 2011


Tahniah kepada semua guru yang komited membantu menjayakan aktiviti kokurikulum selepas minggu pertama dan kedua sekolah : Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :

1. Pendaftaran Unit Beruniform ( Selasa 4 Januari 2011)
2.Mesyuarat Rumah Sukan pada (Ahad 9 Januari 2011)
3. Pendaftaran dan mesyuarat agung Kelab dan Persatuan (Selasa 11 Januari 2011)
4. Mesyuarat Agung Unit Beruniform (Khamis 13 Januari 2011)
5. Latihan Merentas Desa (bermula pada Ahad 9 Januari 2011)
6. Latihan pasukan bola sepak Bawah 15 (Ahad 9 Januari 2011)
7. Pemilihan pasukan bola jaring Bawah 15 dan 18 Tahun Sekolah ( Ahad 9 Januari 2011)

Terima kasih.

PENUNDAAN TARIKH PELANCARAN DASAR 1MURID 1SUKAN PERINGKAT SEKOLAH

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,tarikh pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan ditunda ke tarikh baru seperti di bawah:

Tarikh : 25 Januari 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan Sekolah
Kehadiran : Semua guru dan pelajar.

Harap maklum.

Saturday, January 1, 2011

PELANCARAN DASAR 1MURID 1 SUKAN PERINGKAT SMKAPD

Dasar 1Murid 1Sukan akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2011. Pelancaran peringkat SMK Ayer Puteh Dalam akan diadakan pada :

Tarikh : 4 Januari 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Sekolah

SELAMAT TAHUN BARU 2011