Saturday, October 24, 2009

TAHNIAH KEJAYAAN KARNIVAL KOKURIKULUM 2009


Saya bagi pihak pengurusan SMKAPD dengan rendah diri merakamkan ucapan terima kasih atas kerja kuat,pengorbanan dan penglibatan warga SMKAPD ketika menguruskan Karnival Kokurikulum 2009 pada 21 Oktober 2009. Perasmian disempurnakan oleh Encik Abu Bakar Md Isa,Pegawai Pelajaran Daerah Pendang di Dewan Terbuka. Pelbagai agensi dan jabatan kerajaan memberi sokongan menjayakan program tersebut. Termasuk para peniaga sekitar Pendang. Program bermula jam 8.00 pagi itu dilanjutkan hingga ke malam dengan majlis ceramah perdana.
Turut memeriahkan karnival ialah pasukan boria SK Tanah Merah.Pasukan ini muncul juara Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan 2009.
Antara jabatan dan agensi terlibat ialah
TUDM.JPAM,PDRM,Penjara,Jabatan Belia dan
Sukan,ProStar,syarikat insuran,syarikat automobil,radio amatur,SKM dan banyak lagi.
Karnival Kokurikulum tahun ini juga turut mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya lagu sekolah dilancarkan. Lagu berjodol `Berilmu,Beramal,Berdisiplin' hasil ciptaan Ku Zainol Ku Rashid dan lirik ditulis bersama oleh Azahar Gazali,Jamaluddin Hashim dan Ahmad Nazri Ibrahim.
Lagu tersebut diperdengarkan oleh pasukan koir sekolah dengan bimbingan En.Ku Zainol. Antara acara yang mendapat sambutan ialah demontrasi menangkap ular dan menyelamat mangsa kemalangan oleh JPAM.
Karnival Kokurikulum 2009 dimeriahkan dengan kehadiran bekas-bekas bintang bola sepak Kedah seperti Farouk dan Feriza Ismail,Kamal Idris Ali,Mohamad Ramli,Syed Alwi,Khatul Anuar,Idris Man serta ramai lagi dengan mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan menentang pasukan Veteran PSKPPK Pendang di padang SMKAPD. Kehebatan mereka masih memikat dengan kejayaan membenam Veteran Pendang 7-2.
Aktiviti jualan gerai persatuan dan kelab juga amat memberangsangkan.Tahun ini aktiviti jual-beli dibuat secara tunai.Tidak lagi menggunakan kupon.Ini adalah satu percubaan dan kelainan. Difahamkan ada gerai yang mencatat jualan sehingga RM400.00.

Wednesday, October 7, 2009

1MALAYSIA

Inilah poster 1Malaysia yang dikeluarkan oleh JPN Kedah.
Warga pendidik perlu memahami dan menghayati konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak.

Baca kandungan konsep 1Malaysia DISINI

PEPERIKSAAN PMR BERMULA

HARI INI 7 OKTOBER 2009 BERMULALAH PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR). SEPERTI BIASA SELURUH WARGA SMKAPD MENGHARAPKAN SEMUA CALON DAPAT MENUNJUKKAN PRESTASI TERBAIK.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

Thursday, October 1, 2009

SEKITAR SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI PERINGKAT SEKOLAH




Persembahan guru dan staf.








Pengetua,Puan Hjh Zobaidah,Encik Abd.Samad dan Encik Fadzli segak bergaya.







Tanggal 1 Oktober 2009 SMKAPD mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1430H.Berbagai acara menarik disusun.