Tuesday, November 1, 2011

PENGAKAP,KAPA DAN KELAB RUKUN NEGARA UNGGUL



Majlis Anugerah Kokurikulum Tahun 2011 Peringkat SMK Ayer Puteh Dalam yang berlangsung pada 25 Oktober 2011 baru-baru ini berlangsung gilang gemilang di Dewan Majlis Daerah Pendang.Seramai 280 orang tetamu dan pelajar hadir untuk menjayakan majlis untuk memberi pengikhtirafan kepada pelajar di bidang kokurikulum.
Pengakap dan Kadet Pertahanan Awam (KAPA) muncul penerima terbanyak anugerah dan membuktikan unit beruniform tersebut adalah unit yang aktif.Sepanjang tahun 2011 , dua unit ini banyak mengatur program dan menyertai pelbagai program samada di peringkat daerah,negeri dan kebangsaan. 10 orang ahli pengakap ditabal sebagai Pengakap Raja dan seorang ahli telah menyertai aktiviti di peringkat kebangsaan.
KAPA juga membuktikan unit yang begitu diminati selepas Pengakap.KAPA telah menghantar ahlinya menyertai aktiviti sehingga ke peringkat kebangsaan.
Kelab Rukun Negara muncul kelab paling aktif dengan aktiviti-aktiviti seperti Pertandingan Koir Jabatan Perpaduan Peringkat Negeri,pertandingan dodgeball peringkat negeri dan menyertai pertandingan kelas bertemakan Semarak Merdeka.
Tahniah.

No comments:

Post a Comment