Monday, January 31, 2011

MERENTAS DESA TAHUN 2011


Alhamdulillah,Kejohanan Merentas Desa SMKAPD 2011 berjalan lancar.Peserta yang bertanding mewakili rumah sukan Saga,Putra,Wira dan Satria telah menunjukkan kesungguhan untuk mencapai kemenangan. Mereka bertanding mengikut empat kategori termasuk kategori yang baru diperkenalkan iaitu Kategori Pendidikan Khas.
Acara dimulakan dengan pelepasan peserta kategori Kelas 1L,2L dan 3L yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua. Mereka berlari sejauh 8 kilometer dengan tujuh stesen periksa. Kategori perempuan juga dilepaskan oleh Tuan Pengetua dengan jarak 6 kilometer.
Selepas tamat acara,Rumah Satria mengungguli saingan dengan muncul Johan Keseluruhan. Majlis penyampaian hadiah dan pingat disempurnakan oleh Penolong Pegawai Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Pendang,Abd Aziz Ahmad.

Wednesday, January 26, 2011

LATIHAN MERENTAS DESA TAHUN 2011

Pelajar-pelajar SMKAPD hari ini,26 Januari 2011 telah mencuba laluan acara merentas desa sejauh 8 km. Latihan penuh diadakan sebagai persiapan Kejohanan Merentas Desa 2011 yang akan diadakan pada 31 Januari 2011 nanti.
Kehadiran memuaskan tetapi pelajar dilepaskan agak lewat kerana menunaikan solat Asar terlebih dahulu. Peserta terakhir tiba jam 7 lebih.Semua berjalan lancar tanpa ada apa-apa gangguan.Kehadiran Tuan Pengetua juga menceriakan suasana.
Terima kasih kepada semua guru yang hadir mengawasi keselamatan pelajar.Kerjasama anda amat dihargai. Komitmen yang sama juga dipohon pada tarikh sebenar kejohanan.

TAKLIMAT BUKU REKOD PENILAIAN KOKURIKULUM PELAJAR

Pada 25 Januari 2011 , Selasa satu taklimat mengenai pengisian data Buku Rekod Penilaian Kokurikulum diadakan bagi memberi garis panduan jelas kepada pelajar. Taklimat disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum,Abdul Samad Abdul Hakim di Dewan Terbuka Sekolah.Semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5 hadir.
Taklimat berkisar kepada cara mengisi data penglibatan pelajar dalam semua aktiviti kokurikulum bagi memudahkan penilaian dibuat.Semua pelajar diwajibkan membeli Buku Rekod Penilaian Kokurikulum yang dibekalkan oleh Unit Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Tuesday, January 18, 2011

PENDAFTARAN PROGRAM 1MURID 1SUKAN

Hari ini Selasa,18 Januari 2011 , telah dijalankan pendaftaran bagi program 1Murid 1Sukan seperti yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran untuk perlaksanaannya pada tahun ini. Sebanyak 12 permainan ditubuhkan oleh Unit Ko sebagai memenuhi dasar yang ditetapkan seperti surat pekeliling.
Pelajar membuat pemilihan mengikut keupayaan masing-masing. Setelah pelajar membuat pilihan,pihak sekolah akan mengatur jadual program untuk dilaksanakan sepanjang tahun.Dasar ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat,keupayaan dan kecenderongan untuk bersukan sebagai kaedah terbaik mengisi ruang dan peluang.
Sebanyak 13 permainan ditawarkan kepada pelajar.Menjadi kebiasaan,pelajar masih cenderung untuk memilih permainan yang lazim dimainkan seperti bola sepak,bola jaring dan badminton.

Friday, January 14, 2011

DAULAT TUANKU



DAULAT TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Tahniah

DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH
Atas Ulang Tahun Keputeraan Tuanku
pada 16 Januari 2011 (11 Safar 1432H)

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PEMERINTAHAN TUANKU

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKAPD 2011

Kejohanan Merentas Desa SMKAPD 2011 akan diadakan pada tarikh seperti di bawah:

Tarikh : 31 Januari 2011
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi
Laluan : Laluan yang sama tahun lepas.
Penyertaan mengikut kategori :

a. Kategori Kelas 3 Lelaki dan Perempuan ( Tingkatan 1)
b. Kategori Kelas 2 Lelaki dan Perempuan (Tingkatan 2 dan 3)
C. Kategori Kelas 1 Lelaki dan Perempuan (Tingkatan 4 dan 5)


Penyertaan mengikut rumah sukan masing-masing.

AKTIVITI KOKURIKULUM SEPANJANG MINGGU PERTAMA DAN KEDUA PERSEKOLAHAN 2011


Tahniah kepada semua guru yang komited membantu menjayakan aktiviti kokurikulum selepas minggu pertama dan kedua sekolah : Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :

1. Pendaftaran Unit Beruniform ( Selasa 4 Januari 2011)
2.Mesyuarat Rumah Sukan pada (Ahad 9 Januari 2011)
3. Pendaftaran dan mesyuarat agung Kelab dan Persatuan (Selasa 11 Januari 2011)
4. Mesyuarat Agung Unit Beruniform (Khamis 13 Januari 2011)
5. Latihan Merentas Desa (bermula pada Ahad 9 Januari 2011)
6. Latihan pasukan bola sepak Bawah 15 (Ahad 9 Januari 2011)
7. Pemilihan pasukan bola jaring Bawah 15 dan 18 Tahun Sekolah ( Ahad 9 Januari 2011)

Terima kasih.

PENUNDAAN TARIKH PELANCARAN DASAR 1MURID 1SUKAN PERINGKAT SEKOLAH

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,tarikh pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan ditunda ke tarikh baru seperti di bawah:

Tarikh : 25 Januari 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan Sekolah
Kehadiran : Semua guru dan pelajar.

Harap maklum.

Saturday, January 1, 2011

PELANCARAN DASAR 1MURID 1 SUKAN PERINGKAT SMKAPD

Dasar 1Murid 1Sukan akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2011. Pelancaran peringkat SMK Ayer Puteh Dalam akan diadakan pada :

Tarikh : 4 Januari 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Sekolah

SELAMAT TAHUN BARU 2011