Monday, November 16, 2009

PERANG CUTI JUGA BERMULA


SELAMAT BERCUTI KEPADA PELAJAR-PELAJAR SMKAPD.ISIKAN MASA DENGAN PENUH BIJAK.GUNAKAN KENIKMATAN HIDUP DI BUMI AMAN INI UNTUK MELAKUKAN SESUATU YANG TERBAIK UNTUK DIRI SENDIRI,KELUARGA,BANGSA DAN AGAMA.
SELAMAT BERCUTI.

PERANG SPM BERMULA


Kepada semua calon SPM SMKAPD , inilah masa untuk anda tunjukkan kebolehan anda untuk membawa misi yang bermakna di masa depan.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
IKHLAS DARI WARGA SMKAPD.

Saturday, October 24, 2009

TAHNIAH KEJAYAAN KARNIVAL KOKURIKULUM 2009


Saya bagi pihak pengurusan SMKAPD dengan rendah diri merakamkan ucapan terima kasih atas kerja kuat,pengorbanan dan penglibatan warga SMKAPD ketika menguruskan Karnival Kokurikulum 2009 pada 21 Oktober 2009. Perasmian disempurnakan oleh Encik Abu Bakar Md Isa,Pegawai Pelajaran Daerah Pendang di Dewan Terbuka. Pelbagai agensi dan jabatan kerajaan memberi sokongan menjayakan program tersebut. Termasuk para peniaga sekitar Pendang. Program bermula jam 8.00 pagi itu dilanjutkan hingga ke malam dengan majlis ceramah perdana.
Turut memeriahkan karnival ialah pasukan boria SK Tanah Merah.Pasukan ini muncul juara Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan 2009.
Antara jabatan dan agensi terlibat ialah
TUDM.JPAM,PDRM,Penjara,Jabatan Belia dan
Sukan,ProStar,syarikat insuran,syarikat automobil,radio amatur,SKM dan banyak lagi.
Karnival Kokurikulum tahun ini juga turut mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya lagu sekolah dilancarkan. Lagu berjodol `Berilmu,Beramal,Berdisiplin' hasil ciptaan Ku Zainol Ku Rashid dan lirik ditulis bersama oleh Azahar Gazali,Jamaluddin Hashim dan Ahmad Nazri Ibrahim.
Lagu tersebut diperdengarkan oleh pasukan koir sekolah dengan bimbingan En.Ku Zainol. Antara acara yang mendapat sambutan ialah demontrasi menangkap ular dan menyelamat mangsa kemalangan oleh JPAM.
Karnival Kokurikulum 2009 dimeriahkan dengan kehadiran bekas-bekas bintang bola sepak Kedah seperti Farouk dan Feriza Ismail,Kamal Idris Ali,Mohamad Ramli,Syed Alwi,Khatul Anuar,Idris Man serta ramai lagi dengan mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan menentang pasukan Veteran PSKPPK Pendang di padang SMKAPD. Kehebatan mereka masih memikat dengan kejayaan membenam Veteran Pendang 7-2.
Aktiviti jualan gerai persatuan dan kelab juga amat memberangsangkan.Tahun ini aktiviti jual-beli dibuat secara tunai.Tidak lagi menggunakan kupon.Ini adalah satu percubaan dan kelainan. Difahamkan ada gerai yang mencatat jualan sehingga RM400.00.

Wednesday, October 7, 2009

1MALAYSIA

Inilah poster 1Malaysia yang dikeluarkan oleh JPN Kedah.
Warga pendidik perlu memahami dan menghayati konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak.

Baca kandungan konsep 1Malaysia DISINI

PEPERIKSAAN PMR BERMULA

HARI INI 7 OKTOBER 2009 BERMULALAH PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR). SEPERTI BIASA SELURUH WARGA SMKAPD MENGHARAPKAN SEMUA CALON DAPAT MENUNJUKKAN PRESTASI TERBAIK.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

Thursday, October 1, 2009

SEKITAR SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI PERINGKAT SEKOLAH




Persembahan guru dan staf.








Pengetua,Puan Hjh Zobaidah,Encik Abd.Samad dan Encik Fadzli segak bergaya.







Tanggal 1 Oktober 2009 SMKAPD mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1430H.Berbagai acara menarik disusun.

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI




Pengetua SMKAPD,Pn.Hjh Zobaidah Jainul Ali dan semua guru sedang bersalam-salaman dengan pelajar di hari terakhir persekolahan sebelum bercuti sempena Sambutan Aidil Fitri 1430H







SELURUH WARGA SMKAPD MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SELURUH UMAT ISLAM TERUTAMANYA KEPADA WARGA SMKAPD.
MAAF ZAHIR BATIN.

Wednesday, September 9, 2009

URUSAN KENAIKAN PANGKAT GURU DG44 BEKAS PPPLD KE DG 48

Untuk bacaan selanjutnya , sila klik DI SINI untuk membaca Pekeliling terkini Kementerian Pelajaran .

Wednesday, September 2, 2009

Tuesday, September 1, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BERMULA


1 September 2009 bermulalah Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia.Pihalk sekolah mengharapkan semua calon SPM 2009 akan dapat memberi tumpuan dan menjadikan peperiksaan percubaan sebagai kayu pengukur ke arah pencapaian sebenar.
Selamat menduduki peperiksaan.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Tuesday, August 18, 2009

MENCARI KEBERKATAN RAMADAN AL MUBARAK


Bulan Ramadan semakin hampir untuk bertandang.Seluruh umat Islam begitu teruja dengan kehadiran bulan yang penuh dengan keberkatan,kelebihan dan kenikmatan itu. Selamat menunaikan ibadat dan semoga amal kita diterima Allah SWT.

Saturday, August 15, 2009

PELAJAR KITA SELAMAT KEMBALI DARI JAMBORI MALAYSIA-THAILAND DI SATUN

3 orang pelajar kita , Nur Syafawati Abd Razak,Mohd Nabil Abd Halim dan Kamariah Mohd Nor selamat kembali ke tanah air dari Satun,Thailand selepas menyertai Jambori Sempadan Malaysia-Thailang 2009. Mereka berada dalam keadaan sihat dan gembira sekali kerana berpeluang menyertai aktiviti peringkat antarabangsa.

Thursday, August 13, 2009

PENGETUA HADIR ISTIADAT PENGANUGERAHAN SIJIL PENGAKAP RAJA


Pengetua,SMKAPD telah menghadiri Istiadat Penganugerahan Sijil Pengakap Raja Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung di Balai Penghadapan,Istana Anak Bukit.

Gambar : Pn.Hjh Zobaidah bergambar bersama En.Samad dan En.Helmi di hadapan singahsana balai penghadapan istana.

Tuesday, August 11, 2009

UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009

Minggu terakhir sebelum cuti dan sambutan bulan Ramadan,pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 akan menduduki ujian bulanan.Sementara calon-calon PMR akan berhadapan dengan Peperiksaan Percubaan PMR yang akan bermula pada 16 hingga 19 Ogos 2009.
Selamat menduduki ujian dan peperiksaan percubaan.

H1N1 : 3 PELAJAR SMKAPD DIKUARANTIN


Wabak selsema babi ( H1N1) telah melanda sekolah. 3 orang pelajar telah dikuarantin oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pendang.
Pihak sekolah telah mengambil langkah drastik dengan membuat saringan awal terhadap pelajar yang mempunyai tanda-tanda wabak tersebut.

Friday, August 7, 2009

SMKAPD JUARA BOLA SEPAK B14 MSSD PENDANG 2009


Pasukan bola sepak Bawah 14 Tahun SMKAPD mencipta sejarah apabila muncul juara kejohanan bola sepak luar musim MSSD Pendang 2009. Skuad bimbingan Cikgu Zairon Zainol dan Ahmad Nazri itu tampil dengan persembahan mantap dengan melenyapkan impian SMK Tunku Temenggong diaksi final dengan jaringan tipis 1-0.
Saingan separuh akhir lebih mendebarkan apabila menang 3-2 ke atas pasukan SMK Tanah Merah. Pusingan awal seri dengan SMK Pendang 0-0,seri dengan SMK Kubur Panjang 0-0 ,seri dengan SMK Syed Ibrahim 0-0 dan membelasahkan pasukan SMK Sungai Tiang 3-0 untuk mara ke separuh akhir.
Tahniah!!

Wednesday, August 5, 2009

NOSTALGIA




Mantan Pengetua SMK Ayer Puteh Dalam
Puan Hjh Azuyah bt Hassan,sekarang menjawat jawatan Pengarah Pusat Matrikulasi Perlis.

Monday, August 3, 2009

PERHIMPUNAN MINGGUAN 3 OGOS 2009















UCAPAN GURU KANAN BAHASA - EN.MOHD FADZLI ABD AZIZ

- Memperingati pelajar tentang disiplin
- Penyakit HINI
- Ujian Bulanan Julai/Ogos
- Adab ketika di sekolah

2. UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN - PN.HJH ZALEHA TOMIJAN

- Budaya belajar dan menghargai waktu

3. MORNING PRAYER BERSAMA TUAN PENGETUA

- Menjelaskan tentang istilah perkataan `MARUAH':
M - Membina imej
A - Amanah terpelihara
R - Ransangan kemuliaan
U - Ungguli peraturan
A - Akur arahan
H - Hormati diri dan rakan

- Menjelaskan tentang 4 perkara yang hampir pupus di sekolah:

1. Ucapan `terima kasih'
2. Ungkapan `maafkan saya,cikgu'.
3. Ungkapan 'halalkan ilmu cikgu'
4. Ungkapan ` doakan saya,cikgu'.

Saturday, August 1, 2009

MEE UDANG BANJIR MAK TEH KUALA SEPETANG


Majlis Staf SMKAPD telah menganjurkan program kekeluargaan terbaru iaitu berkunjung ke Taiping dan Kuala Sepetang pada 31 Julai 2009. Konvoi 8 buah kereta itu diketuai oleh Pengerusi Majlis Staf,En.Jamaluddin Hashim. Antara aktiviti ialah melawat Zoo Taiping dan menjamu selera mee udang banjir di gerai Mak Teh Kuala Sepetang.

Wednesday, July 15, 2009

TERKINI DARI NUTP DAN JPA

Makluman:- terkini - 11.7.2009

SATU KEJAYAAN NUTP

GURU EX-PPPLD DGA29/DG41 YANG BERADA DI DG44

Mesyuarat NUTP dengan JPA pada 10 Julai 2009 telah memaklumkan bahawa kumpulan guru EX-PPPLD DGA29/DG41 yang berada di DG44 akan diberi 3 tahun pengalaman mengajar ( 3 tahun seniority PPPLD = 1 tahun pengalaman mengajar ) untuk membolehkan kumpulan guru ini memohon Urusan Kenaikan Pangkat Time Based DG48 ( 7 tahun [DG44] + 3 tahun pengalaman mengajar PPPLD ).Tarikh berkuatkuasa 1 Julai 2009.

Terima kasih Jabatan Perkhidmatan Awam.

Lok Yim Pheng,
Setiausaha Agung NUTP

BERMAKNA!!!!!!

  1. Jika 10 tahun pengalaman mengajar gred DG29 sama dengan 3 tahun di Gred 44.
  2. Hanya tunggu 7 tahun saja di DG 44 untuk jadikan 10 tahun pengalaman di DG44,sudah layak memohon DG48 !!!!


Thursday, June 18, 2009

KEM ALAM SEKITAR DAN KEM KADET JPAM






Sebahagian pelajar dari SMKAPD yang hadir Kem KEKAS di Kem Palas,Yan.










Antara aktiviti ekplorasi alam sekitar yang dilakukan oleh peserta Kem KEKAS.







Seramai 11 orang pelajar Kelab Alam Sekitar menyertai Kem Kesedaran Alam Sekitar (KEKAS) di Kem Palas , Yan bermula 18 hingga 20 Jun 2009.

Tuesday, June 16, 2009

PENGAKAP SMKAPD SERTAI PAMERAN KARNIVAL BANK RAKYAT







Pengakap SMKAPD terlibat dengan pameran 100 Tahun Pengakap Malaysia di Mini Stadium Pendang sempena Karnival Bank Rakyat pada 12 -13 Jun 2009.



Mereka terlibat dengan persiapan dan urusetia pameran dari jam 9 pagi hingga 10 malam. Turut terlibat ialah seorang pengakap dari SMK Tunku Temenggung dan dua wakil pengakap kelana dari ibupejabat Pengakap Malaysia Kuala Lumpur.

Saturday, June 6, 2009

JANGAN KEKANG POTENSI PELAJAR

KITA perlu mengaku bahawa usaha membangunkan minda, pemikiran dan jati diri anak-anak muda kita mestilah disesuaikan dengan zaman mereka. Ia tidak boleh mengikut acuan terdahulu.
Memahami realiti global, soal pendidikan dan potensi sudah menjadi perkara yang sangat teras. Jika gagal merencana potensi di kalangan warga pewaris, kita bakal menempah jalan sukar.
Sesuai dengan matlamat mencapai negara maju pada 2020, "asas pendidikan" menjadi keperluan utama.
Kita tidak boleh lagi menumpukan kepada "perubahan kecil" (piecemeal changes) tetapi sepatutnya memberi fokus kepada strategi melahirkan pelajar yang berkemampuan dan berkemahiran tinggi.
Bacaan seterusnya di Utusan Online

Friday, May 29, 2009

CALON SPM DIHADKAN AMBIL 10 SUBJEK SAJA


SEREMBAN 28 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah memutuskan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan tidak lagi boleh mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, perbincangan mengenainya telah dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran dan keputusan itu juga sekali gus membawa perubahan dalam sistem penggredan mata pelajaran.
‘‘Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya,” ujarnya. (Bacaan seterusnya di Utusan Online)

MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN NEGARA


SEREMBAN 28 Mei - Kerajaan serius melaksanakan Dasar Pendemokrasian Pendidikan dengan memberikan layanan yang saksama di antara kawasan luar bandar dan bandar termasuk Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada mesyuarat pasca Kabinet di Kementerian Pelajaran semalam, beliau telah membincangkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) secara panjang lebar.
Bacaan seterusnya di Utusan Online

Thursday, May 28, 2009

PERKHEMAHAN KADET PERTAHANAN AWAM (JPAM)


Tarikh : 30 Mei 2009 hingga 1 Jun 2009
Tempat : SMKAPD
Jumlah penyertaan : 40 orang ahli Kadet JPAM SMKAPD
20 orang ahli Kadet JPAM SMK Tobiar
Jurulatih : Unit JPAM Daerah Pendang
Guru penasihat : Encik Ahmad Nazri Ibrahim

KELAS TAMBAHAN PMR DAN SPM


Kelas tambahan untuk calon peperiksaan PMR dan SPM bermula Ahad 31 Mei 2009 hingga 11 Jun 2009.Pelajar berkenaan diwajibkan hadir dengan memakai uniform sekolah.Sila rujuk jadual yang diedarkan oleh Kaunselor.

Wednesday, May 27, 2009

ISU PTK


Guru yang mempunyai keputusan PTK Aras II boleh mendaftarkan diri bagi peperiksaan PTK berkali-kali tanpa hadnya.Manakala guru yang sudah memperolehi PTK Aras III hanya dibenarkan mengambil peperiksaan sebanyak 2 kali sahaja.
NUTP sedang berusaha meminta Jabatan Perkhidmatan Awam menggugurkan syarat ini.Semua guru diberi peluang menduduki peperiksaan tanpa hadnya

TAKRIF KUP


PEMANGKUAN

Apa maksud Pemangkuan?

Seorang guru yang telah ditawarkan jawatan hakiki mesti memangku terlebih dahulu. Selepas Pemangkuan 6 hingga 1 tahun pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri akan menguruskan pengesahan jawatan.

Contoh :

DG41 ditawarkan Pemangkuan DG44 pada 1.1.2009

Pada bulan Jun / Julai pihak sekolah boleh uruskan pengesahan jawatan DG44. Guru ini akan menikmati gred DG44 Hakiki dikebelakangkan tarikh. Guru diminta jangan tolak tawaran pemangkuan tanpa memahaminya.

Sunday, May 24, 2009

WAJAH-WAJAH SETIA SMKAPD


Encik Zakaria,Guru Kanan Votek,tahan dugaan.Kadang-kadang angin datang juga.Tapi tetap bertahan.

En.Zulkifli mungkin pemegang rekod atau layak menerima pingat paling setia jika diukur dengan usia beliau berkhidmat di bumi SMKAPD.
.
Puan Zaleha antara guru berinovasi.Berpandangan jauh.



En.Yusri,sudah mula mencorak hala tuju.
Beliau antara guru paling lama di SMKAPD.Jurulatih yang terus menangguh kejayaan pasukannya

Ustaz Razak sudah semakin sibuk.PPD pun semakin melambakkan kerja untuknya. Tenaga yang ada 75% tapi kerja mencapai 200%.Nasib ustaz yang tidak pandai menolak.





Tn.Hj Shahibullah,Penyelia Kelas Pendidikan Khas.Banyak juga program yang diaturnya.




En.Nazir Romli yang tidak banyak bicara.Bekerja dalam keadaan terkawal.Tapi banyak skill.





En.Jamil,orang makmal yang rajin.Sebut dan panggil saja namanya,pasti sampai.Banyak membantu.






Ustaz Ibrahim yang bijak mengatur rancangan.Guru Cemerlang Bahasa Arab. Amat berminat dengan projek-projek luar sekolah.Ahlan wa sahlan.....





Teacher Jam yang masih kuat bertahan. Penuh komitmen dan sudah membuktikan kemampuannya.





Teacher Hezrin pun sudah nak mula tunjuk skill.Mantap dengan pencapaian anak-anak buahnya.





Encik Hazri,guru yang penuh dengan data.






Puan Norazilah orang Pendidikan Khas. Orang kuat Haikal.







Cik Siti Balqis,bila lagi? Terus setia dan tahan cabaran.




Pn.Mariani,orang makmal yang rajin dan aktif membantu.Sebut saja bukit atau gunung pasti turut serta.



Puan Norshafizah banyak cakap tapi kerja lagi banyak.Tak kisah dan mantop.








Puan Paridatul,guru Kimia. Orang kuat SPBT.







Puan Norhuda,garang dengan pelajar tapi cukup profesional.







Sir Fadzli,Guru Kanan Bahasa merangkap Guru Cemerlang Bahasa Inggeris.Ligat berceramah.





PK Pentadbiran,Encik Halim Zainon sudah layak ke DG48.InsyaAllah tak lagi bergelar pengetua.Mungkin di Kulim atau Sik.





Encik Azahar,baru dapat DG44.Terus mantop dengan kerja.







DAN RAMAI WAJAH-WAJAH SMKAPD
AKAN MUNCUL
DI BLOG INI.
SEKADAR MENGHIBURKAN HATI
SESAMA KITA.