Sunday, March 20, 2011

BOLA SEPAK MSSD PENDANG : SMKAPD BERI TENTANGAN SENGIT


Walaupun gagal mencapai matlamat ke separuh akhir,pasukan bola sepak Bawah 15 dan Bawah 18 Tahun SMKAPD memberi cabaran sengit ketika bersaing di peringkat kumpulan di kejohanan yang bermula pada 6 hingga 9 Mac 2011 lalu.
Cabaran bertenaga pasukan bimbingan cikgu Zairul itu begitu dibimbangi pasukan lawan.Namun kejayaan masih belum memihak pasukan SMKAPD bagi musim ini.Cuba lagi tahun depan.

BOLING MSSD PENDANG :KEJAYAAN FISOL DAN KHAIRUL ANWAR DIBANGGAKAN

Kejohanan Boling MSSD Pendang Tahun 2011 di Kedah Bowl,Alor Setar telah membawa kejayaan luar dugaan kepada peserta dari SMKAPD pada penyertaan kali pertama. Fisol muncul Naib Johan Kategori Bawah 15 Tahun dan Khairul Anuar di tempat ketiga Kategori Bawah 18 Tahun. Inilah kali pertama pelajar SMKAPD menyertai kejohanan ini. Tahniah.

PENGAKAP JOHAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SMKAPD 1432H


Inilah reka bentuk sepanduk yang membawa kepada kejayaan Pengakap
Pengakap muncul johan bagi pertandingan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Tahun 1432H. Unit itu mengatasi empat unit lain dengan Kadet Polis di tempat kedua.

PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM ANJUR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Aktiviti kokurikulum SMKAPD terus rancak.Hasil penubuhan Majlis Pemimpin Kokurikulum SMKAPD , kelab dan persatuan berlumba-lumba menganjurkan aktiviti. Sejak Januari hingga Februari sudah lima program dijalankan hasil usaha kelab dan persatuan. Terbaru Persatuan Pendidikan Islam telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1432H.
Sambutan kali ini lebih meriah dan bermakna.Unit Beruniform sekolah telah menubuhkan team perarakan yang bermula dari perkarangan sekolah menuju ke Masjid Al Taawun,Kg Ayer Puteh Dalam. Perarakan lima unit beruniform itu diiringi selawat ke atas Junjungan Rasullullah. Gema selawat bergena di sepanjang jalan raya dari sekolah menuju ke masjid sejauh 1 kilometer.
Program di masjid diisi dengan ceramah oleh penceramah jemputan.Selepas tamat sesi ceramah,pelajar diberi sedikit makanan dan minuman sebelum bertolak balik ke sekolah.