Wednesday, April 13, 2011

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BULAN APRIL PENUH ISTIADAT




12 April 2011 - Majlis Perhimpunan Kokurikulum bagi bulan April dipercepatkan kerana sekolah sedang membuat persiapan untuk menjayakan dua acara besar pada hujung bulan ini. Pertama Majlis Ceramah Motivasi Perdana bersama penceramah terkenal Dato' Dr Fadzillah Kamsah pada 22 April 2011 dan sekolah juga akan menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak MSSK Tahun 2011.
Perhimpunan Kokurikulum kali ini dikendalikan oleh dua unit iaitu Kadet Pertahanan Awam (KAPA) dan Pengakap. Ketua perhimpunan ialah Muhammad Ashraf Nazir dari Unit KAPA.Majlis dimulakan dengan istiadat menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu Negaraku. Seterusnya doa dan ikrar pelajar.
Penolong Kanan Kokurikulum memulakan ucapan aluan dan diikuti dengan ucapan Tuan Pengetua.Seterusnya penyampaian sijil-sijil pencapaian untuk aktiviti kokurikulum bagi bulan Feb,Mac dan April.Kemuncaknya ialah penyampaian trofi Platun Terbaik Kadet Pertahanan Awam (KAPA) SMKAPD yang dimenangi ketika Kursus Kepimpinan dan Kenaikan Pangkat KAPA yang diadakan di Pusat Kokurikulum Sg Tiang pada bulan Mac.
Tahniah dan syabas kepada semua guru dan pelajar yang terus aktif memartabatkan aktiviti kokurikulum di SMKAPD.

1 comment: