1 Murid 1 Sukan

Muat turun Surat Pekeliling Dasar 1 Murid 1 Sukan
Muat turun Buku Panduan Perlaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan 
Lagu Tema 1 Murid 1 Sukan

DASAR 1 MURID 1 SUKAN

Masih terdapat kekeliruan di kalangan rakan-rakan di sekolah tentang perlaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan.Ada yang masih beranggapan dasar tersebut akan berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2012.Kekeliruan ini mungkin timbul kerana beberapa maklumat dan informasi sebelum ini yang agak kurang difahami oleh pihak sekolah.
Sebenarnya Dasar 1 Murid 1 Sukan ini sudah bermula dengan rasminya pada tahun ini.Pelancarannya telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran,Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin di Taiping pada 2 Julai 2011 lepas.
Tahun 2012 adalah tahun penilaian perlaksanaan dasar tersebut bagi tahun pertama.Justeru,semua sekolah perlu pro aktif untuk melaksanakan agenda kementerian tersebut untuk melihat sukan dimartabatkan secara menyeluruh dalam kalangan murid sekolah.