Kelab Persatuan

AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN KELAB RUKUN NEGARA
Bulan Ogos kembali menemui kita serentak dengan kehadiran bulan termulia kalender Islam Ramadhan Al Mubarak. Bulan kemerdekaan mempunyai makna yang mendalam dalam sejarah tanah air. Bagi melahirkan mesej tersebut , Kelab Rukun Negara SMKAPD menganjurkan aktiviti memasang jalur gemilang sekitar sekolah. Semoga aktiviti ini akan melahirkan semangat patriotisme dan sayangkan negara ini. Sama-samalah kita menjaga dan mempertahankan kemerdekaan negara yang amat tinggi nilainya.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54