Thursday, December 30, 2010

PENDAKIAN GUNUNG BEREMBUN




Sememangnya aktiviti kokurikulum sekolah tidak hanya terikat dengan kegiatan di sekolah yang sudah ditakwimkan saja.Aktiviti ko perlu diterjemahkan dengan lebih realistik supaya pelajar dapat memberi tanggapan bahawa aktiviti ko tidak hanya kelab,persatuan dan unit beruniform sahaja.
Melalui kelab dan persatuan yang sudah sedia wujud di sekolah , kita lebarkan makna kokurikulum itu kepada yang lebih berdaya baru.Misalnya Kelab Alam Sekitar atau unit beruniform Pengakap,kita boleh merangka pelbagai aktiviti yang mampu menarik minat pelajar untuk `enjoy' .
Unit Koku SMKAPD telah menjalankan dua aktiviti yang dianggap paling menarik bagi tahun 2010 ini iaitu Program Biodiversiti Ulu Belum dan Ekspedisi Mendaki Gunung Berembun di Cameron Highland.Dua aktiviti ini sudah cukup untuk menggambarkan bahawa para pelajar kita amat meminati aktiviti luar yang boleh dikaitkan dengan aktiviti kokurikulum sekolah.
Cuma kebijaksanaan kita untuk merancang dan menggabungjalinkan aktiviti kokurikulum dengan aktiviti yang selari dengan usaha membentuk keyakinan,kepimpinan,perkembangan jasmani dan rohani serta melahirkan pelajar yang berani mencuba.
Dua aktiviti ketika pelajar lain asyik menikmati dan menghabiskan cuti akhir tahun mereka amat berkesan ke arah mencungkil sifat dan mengesan ketrampilan pelajar.Mereka mampu menyusun dan melakukan aktiviti dengan sedikit `campur tangan' guru.Ini membuktikan aktiviti koku perlu dijanakan dengan pelbagai kaedah tetapi selari dengan ketetapan yang ada.

TAHNIAH....


Kekalkan momentum prestasi ini...jangan turun naik pula..

Wednesday, May 19, 2010

UNIT UNIFORM SMKAPD 2010





KELAB SILAT SEKOLAH















KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)









KADET PERTAHANAN AWAM (KAPA)








KOR KADET POLIS











PUTERI ISLAM











BULAN SABIT MERAH MALAYSIA










PENGAKAP

Friday, March 19, 2010

WAN MAZUAN CATAT SEJARAH SMKAPD


Calon SPM SMKAPD 2009,Wan Mazuan Wan Mahmud mencatat sejarah sekolah apabila muncul pelajar pertama mencapai keputusan 11A 3B selepas keputusan SPM 2009 diumumkan baru-baru ini.

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM 2010

Pelajar Lepasan SPM yang ingin membuat permohonan ke IPTA,sila layari :

https://online.mohe.gov.my/upu/online1011/allstpm/mohon.php