Saturday, April 9, 2011

AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH TERUS RANCAK

SMKAPD tidak putus-putus dijadikan lokasi untuk pelbagai acara, samada program sukan dan permainan,kem,kursus dan lain-lain acara. Pada 31 Mac hingga 2 April 2011 , SMKAPD menjadi tuan rumah Kursus Kawad Kaki Kadet Pertahanan Awam (KAPA) Peringkat Negeri Kedah. Seramai 167 peserta KAPA dari seluruh negeri Kedah menyertai kursus tersebut. Seramai 10 orang ahli KAPA SMKAPD terlibat.
Acara sukan juga tidak ketinggalan memilih SMKAPD . Kejohanan Bola Tampar MSSD Pendang telah berlangsung dari 2 hingga 5 April 2011.
Sementara ahli-ahli Pengakap SMKAPD telah menganjurkan pra perkhemahan pada 7 hingga 9 April 2011. Seramai 120 orang ahli pengakap terlibat. Sementara itu, 4 orang ahli KRS sekolah telah mengikuti Kursus Kepimpinan dan Kenaikan Pangkat di Pusat Kokurikulum Daerah Pendang di Sg Tiang.
Pasukan menembak Kadet Polis juga tidak terlepas dengan aktivitinya. Mereka muncul Naib Johan Pertandingan Menembak Kor Kadet Polis Sekolah-Sekolah Daerah Pendang yang diadakan di Lapang Sasar Bukit Jambol.
Sekalung tahniah kepada pelajar SMKAPD yang terus menaikkan nama sekolah.Mari kita terus merancakkan aktiviti kokurikulum sekolah untuk memartabatkan sekolah sebagai medan membentuk sahsiah terpuji.

No comments:

Post a Comment