Friday, May 29, 2009

CALON SPM DIHADKAN AMBIL 10 SUBJEK SAJA


SEREMBAN 28 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah memutuskan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan tidak lagi boleh mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, perbincangan mengenainya telah dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran dan keputusan itu juga sekali gus membawa perubahan dalam sistem penggredan mata pelajaran.
‘‘Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya,” ujarnya. (Bacaan seterusnya di Utusan Online)

MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN NEGARA


SEREMBAN 28 Mei - Kerajaan serius melaksanakan Dasar Pendemokrasian Pendidikan dengan memberikan layanan yang saksama di antara kawasan luar bandar dan bandar termasuk Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada mesyuarat pasca Kabinet di Kementerian Pelajaran semalam, beliau telah membincangkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) secara panjang lebar.
Bacaan seterusnya di Utusan Online

Thursday, May 28, 2009

PERKHEMAHAN KADET PERTAHANAN AWAM (JPAM)


Tarikh : 30 Mei 2009 hingga 1 Jun 2009
Tempat : SMKAPD
Jumlah penyertaan : 40 orang ahli Kadet JPAM SMKAPD
20 orang ahli Kadet JPAM SMK Tobiar
Jurulatih : Unit JPAM Daerah Pendang
Guru penasihat : Encik Ahmad Nazri Ibrahim

KELAS TAMBAHAN PMR DAN SPM


Kelas tambahan untuk calon peperiksaan PMR dan SPM bermula Ahad 31 Mei 2009 hingga 11 Jun 2009.Pelajar berkenaan diwajibkan hadir dengan memakai uniform sekolah.Sila rujuk jadual yang diedarkan oleh Kaunselor.

Wednesday, May 27, 2009

ISU PTK


Guru yang mempunyai keputusan PTK Aras II boleh mendaftarkan diri bagi peperiksaan PTK berkali-kali tanpa hadnya.Manakala guru yang sudah memperolehi PTK Aras III hanya dibenarkan mengambil peperiksaan sebanyak 2 kali sahaja.
NUTP sedang berusaha meminta Jabatan Perkhidmatan Awam menggugurkan syarat ini.Semua guru diberi peluang menduduki peperiksaan tanpa hadnya

TAKRIF KUP


PEMANGKUAN

Apa maksud Pemangkuan?

Seorang guru yang telah ditawarkan jawatan hakiki mesti memangku terlebih dahulu. Selepas Pemangkuan 6 hingga 1 tahun pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri akan menguruskan pengesahan jawatan.

Contoh :

DG41 ditawarkan Pemangkuan DG44 pada 1.1.2009

Pada bulan Jun / Julai pihak sekolah boleh uruskan pengesahan jawatan DG44. Guru ini akan menikmati gred DG44 Hakiki dikebelakangkan tarikh. Guru diminta jangan tolak tawaran pemangkuan tanpa memahaminya.

Sunday, May 24, 2009

WAJAH-WAJAH SETIA SMKAPD


Encik Zakaria,Guru Kanan Votek,tahan dugaan.Kadang-kadang angin datang juga.Tapi tetap bertahan.

En.Zulkifli mungkin pemegang rekod atau layak menerima pingat paling setia jika diukur dengan usia beliau berkhidmat di bumi SMKAPD.
.
Puan Zaleha antara guru berinovasi.Berpandangan jauh.



En.Yusri,sudah mula mencorak hala tuju.
Beliau antara guru paling lama di SMKAPD.Jurulatih yang terus menangguh kejayaan pasukannya

Ustaz Razak sudah semakin sibuk.PPD pun semakin melambakkan kerja untuknya. Tenaga yang ada 75% tapi kerja mencapai 200%.Nasib ustaz yang tidak pandai menolak.





Tn.Hj Shahibullah,Penyelia Kelas Pendidikan Khas.Banyak juga program yang diaturnya.




En.Nazir Romli yang tidak banyak bicara.Bekerja dalam keadaan terkawal.Tapi banyak skill.





En.Jamil,orang makmal yang rajin.Sebut dan panggil saja namanya,pasti sampai.Banyak membantu.






Ustaz Ibrahim yang bijak mengatur rancangan.Guru Cemerlang Bahasa Arab. Amat berminat dengan projek-projek luar sekolah.Ahlan wa sahlan.....





Teacher Jam yang masih kuat bertahan. Penuh komitmen dan sudah membuktikan kemampuannya.





Teacher Hezrin pun sudah nak mula tunjuk skill.Mantap dengan pencapaian anak-anak buahnya.





Encik Hazri,guru yang penuh dengan data.






Puan Norazilah orang Pendidikan Khas. Orang kuat Haikal.







Cik Siti Balqis,bila lagi? Terus setia dan tahan cabaran.




Pn.Mariani,orang makmal yang rajin dan aktif membantu.Sebut saja bukit atau gunung pasti turut serta.



Puan Norshafizah banyak cakap tapi kerja lagi banyak.Tak kisah dan mantop.








Puan Paridatul,guru Kimia. Orang kuat SPBT.







Puan Norhuda,garang dengan pelajar tapi cukup profesional.







Sir Fadzli,Guru Kanan Bahasa merangkap Guru Cemerlang Bahasa Inggeris.Ligat berceramah.





PK Pentadbiran,Encik Halim Zainon sudah layak ke DG48.InsyaAllah tak lagi bergelar pengetua.Mungkin di Kulim atau Sik.





Encik Azahar,baru dapat DG44.Terus mantop dengan kerja.







DAN RAMAI WAJAH-WAJAH SMKAPD
AKAN MUNCUL
DI BLOG INI.
SEKADAR MENGHIBURKAN HATI
SESAMA KITA.









KENALI MENTERI

Y.A.B. TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI, MENTERI PELAJARAN

Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Aras 4 Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya, MALAYSIA





Y.B. DATUK IR. DR. WEE KA SIONG
TIMBALAN MENTERI PELAJARAN
Kementerian Pelajaran, Aras 10, Blok E8, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA.





Y.B. DATUK DR. HAJI MOHD. PUAD ZARKASHI
TIMBALAN MENTERI PELAJARAN
Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 10, Blok E8, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA.

Thursday, May 21, 2009

SELAMAT DATANG


NOSTALGIA




Majlis perpisahan mantan Pengetua SMKAPD,Tuan Hj Zarawi Hj Dogol pada tahun 2008. Semoga beliau sentiasa beroleh kebahagian dan ketenangan.Turut kelihatan ialah Pengetua SMKAPD,Pn.Hjh Zobaidah.






ALUAN PENGETUA - PN HJH ZOBAIDAH JAINUL ALI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog ini akan memaparkan semua informasi pendidikan yang mempunyai kaitan dengan tugas kita seharian.Adalah diharapkan blog ini dapat dijadikan rujukan utama ke arah mempertingkatkan ilmu ,kemahiran dan pengetahuan kita sebagai guru atau kakitangan pendidikan.

Tujuan utama laman blog ini dibangunkan adalah sebagai medium penyaluran dan perkongsian maklumat daripada pihak jabatan kepada semua pengguna internet. Semoga anda mendapat manfaat daripada maklumat-maklumat yang dimuatkan di dalam laman blog ini.
Saya berharap warga SMKAPD akan memanfaatkan blog ini secara maksima.Kita akan cuba membuat pautan maya dengan semua laman web atau blog yang dapat membantu guru dan staf memperolehi maklumat.



PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Tingkatan 4 dan 5 : Mulai 11 Mei 2009 – 27 Mei 2009
Tingkatan 1,2 dan 3 : Mulai 20 Mei 2009 – 27 Mei 2009

SELAMAT MENJAWAB

PERKHEMAHAN UNIT KADET JPAM,KADET POLIS DAN KRS

Tarikh : 29 hingga 31 Mei 2009
Tempat : Pendang Lake Resort
Lapor diri : Jam 3.30 petang (29 Mei 2009)
Guru terlibat : Semua guru penasihat ketiga-tiga unit berkenaan.